Username Password Remember Me

 
  Fanzine
 
Medium sastera yang hampir pupus ditelan teknologi.
2008-11-03 22:12:36

Seawal tahun 1940, seorang penulis sains fiksyen bernama Russ Chauvenet telah memperkenalkan istilah dan konsep fanzine. Kemudian ia terus berkembang pesat dalam dunia pop, kesusasteraan, budaya, sukan mahupun sosiopolitik. Fanzine merujuk kepada penerbitan-penerbitan bukan profesional yang dihasilkan oleh peminat sesuatu fenomena sosial ataupun budaya untuk tatapan peminat-peminat yang lain sebagai satu bentuk alternatif kepada penerbitan-penerbitan profesional. Oleh sebab itu namanya menggabungkan perkataan "fan" dan "magazine." Dalam leksikon popularnya, fanzine selalunya disingkatkan dengan sebutan "zine."  

Fanzine telah mula wujud di negara ini sekitar awal 1980-an dulu. Kedatangan sub-budaya underground yang mendapat tempat di kalangan pemuda-pemudi tempatan juga membawa bersama budaya fanzine. Dekad 90-an menyaksikan perkembangan pesat kemunculan fanzine, setiap genre ataupun stail muzik ada fanzine mereka sendiri.   

Penggiat-penggiat fanzine pada masa itu hanya gunakan mesin-mesin taip dan fotostat serta ada juga yang gunakan tulisan tangan! Ia cukup selari dengan semangat “buat sendiri” serta pengasingan diri dari pengaruh-pengaruh arus perdana yang menjadi tunjang kepada pergerakan yang berasaskan semangat anti-establishment, contohnya dunia muzik underground.   

Walaubagaimanapun, kemunculan alaf baru dengan membawa bersamanya teknologi-teknologi baru telah seakan-akan membunuh fanzine. Mesin-mesin taip digantikan dengan komputer. Perhubungan menjadi bertambah pantas dan senang dengan kedatangan emel dan world wide web. Semakin ramai yang berinspirasi untuk menulis boleh dengan senang berbuat demikian menerusi blog. Fanzine telah digantikan dengan laman-laman web komuniti ataupun peribadi.    

Sudah tidak ramai penggiat-penggiat yang mahu bertungkus-lumus berkongsi minat dan perasaan mereka dengan medium fanzine. Kebanyakan daripada mereka ini adalah dari generasi baru dunia pop tempatan. Diharapkan usaha-usaha gigih mereka ini akan memberikan satu nafas baru dan segar dalam satu budaya yang kian tenggelam.   

Bagi mereka yang lebih suka dengan cara baru, bolehlah menulis di Gundu.
 

Fanzine telah digantikan dengan laman-laman web komuniti ataupun peribadi.


 
  Featured Story - More
 
7Qs - Deepset
Tanpa perlu membuat bising, Deepset lakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemuzik-pemuzik serius: terus bermain dan terus berkarya.
Read More »
Revisiting High Fidelity
Here we have three characters so obsessed with music that all they ever do is sit around talking about it. They're so deep in their narcissistic knowledge of music that they tend to poke fun at people with less musical vocabulary than them.
Read More »
Post Break-Up
Persistent feelings of sad, anxious, or "empty" moods, srestlessness, irritability, or excessive crying are all symptoms of depression.
Read More »





    Event Calendar  





About Us | Career | Guidelines | FAQ | Terms and Condition | Privacy Policy | Contact Us
© 2008 Gundu.com.my. All Rights Reserved.