Adiwira mereka sungguh hebat!! 2009-09-15 09:20:05
Penyertaan Peraduan Merekacipta Adiwira Malaysia 2009 telah ditutup. Pemarkahan dan penilaian setiap penyertaan telah dinilai dengan teliti. Lima juri profesional telah dilantik untuk membuat penilaian. Penilaian dijalankan dengan sempurna. Di antara juri-juri berkenaan adalah En.Jaafar Taib, En.Reggie Lee, Datuk Mohd Fauzi Zakaria, En.Azhar Abdullah dan En.Mushadie Mustafa. Di bawah adalah senarai adiwira-adiwira yang terhebat, terbaik, dan bakal menjadi pemenang. Topeng Sakti Bayang Defender Z Kapten Chicken Taring Keramat Amok Mas Selamat Purnama Malam Kepada yang menyertai pertandingan mencipta adiwira ini pasti berdebar dengan keputusan yang bakal diumumkan. Nantikan Adiwira Malaysia yang terulung hanya di Gundu!!!
|