Username Password Remember Me

 
  Ring Back Tone/ Nada Dering Pemanggil
 


Ring Back Tone (RBT)

Dengan RBT atau Nada Dering Pemanggil, anda melangkah selangkah kehadapan dalam industri muzik tanahair. Lagu-lagu anda akan menjadi lebih popular di samping memberi pendapatan tambahan kepada anda.
  
KLIK DISINI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI AHLI GUNDU DAN MULA MENGHANTAR LAGU-LAGU ANDA UNTUK DIJADIKAN NADA DERING PEMANGGIL 

Bagaimana Caranya?

1. Terbuka untuk semua ahli Gundu.my  (sila daftar di http://www.gundu.my/index.php?_m=register).

2.Lagu ciptaan ciptaan anda adalah asli, hak milik anda sepenuhnya dan juga bukan ‘Cover Version’

3. Perisian percuma yang boleh digunakan untuk memotong lagu anda boleh didapati di

http://www.nch.com.au/wavepad/wpsetup.exe

 

4. Hanya lagu sepanjang 30 saat diperlukan dan didalam format .mp3 atau .au

5. Sebuah lagu boleh dijadikan lebih dari satu RBT.
Sebagai contoh  lagu ABCD boleh  dipotong kepada 3 bahagian :  

 ABCD (intro)         ABCD (Chorus)     ABCD (Verse)  

 6. Satu RBT anda akan dijual RM 1.00 RBT anda akan dipapar kan di  www.channelx.com.my

7. Daripada setiap jualan muat turun, 20% dari harga jualan RM 1.00 iaitu RM 0.20 untuk anda setiap Minggu bermula dari minggu lagu anda dimuat turun. Jika didapati lagu anda adalah hak milik atau hasil orang lain, anda tidak layak menerima sebarang bayaran.Wang tersebut akan diberi kepada pemilik asal.

8. Kami akan menghubungi anda setelah RBT anda telah dimuat turun sekurang - kurangnya 100 unit untuk proses pembayaran.

9. Anda akan diberi pilihan untuk diserap masuk dalam Syarikat Rakaman yang telah kami lantik setelah jumlah muat turun salah satu atau semua RBT anda mencecah 100 unit. Pelbagai tawaran dan pakej menarik menanti anda.

10. Jumlah muat naik lagu tidak terhad tetapi perlu dimuat naik ke:

a) enjin muat naik audio (upload audio) di bawah kategori "Nada Dering Pemanggil" (untuk demo kepada pendengar)

b) enjin muat naik RBT. Klik SINI atau banner panjang kat atas tu.

11. Setelah muat naik lagu anda selesai. Kod RBT anda akan diperolehi di dalam masa lebey kurang 3 hari bekerja.

12. Gundu.my tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan lagu yang dimuat naik. Kitorang tolong process je. ape korang antar, itu lah korang dapat. So, edit la lagu tu hensem2 seblum upload.

13. Semua lagu yang dijadikan RBT adalah hak milik Gundu.my dan pencipta lagu itu sendiri.

14. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai terma & syarat sila klik disini.

15. Jika anda macam dah faham dan yakin dengan syarat-syarat kami, mulakan memuat naik lagu-lagu anda sebagai RBT hari ini juga.

Akhir kata, majulah Indie untuk semua !! :)

 








    Event Calendar  





About Us | Career | Guidelines | FAQ | Terms and Condition | Privacy Policy | Contact Us
© 2008 Gundu.com.my. All Rights Reserved.