About Me: Jutaan terima kasih diucapkan kerana sudi memberi sedikit ruang kepada CAI untuk memperdengarkan hasil karyanya.
Untuk makluman CAI sudah mula mengorak langkah dalam bidang muzik semenjak di peringkat sekolah menengah lagi. Pada awalnya, beliau bergerak secara berkumpulan di daerah Kluang, Johor.
Waktu itu, aktiviti pada hujung minggu biasanya diluangkan bersama Rafi lead-guitar, Din drums, Zaihan bass dan beliau selaku vocalist di studio latihan jamming. Mereka banyak memainkan lagu lagu berunsur punk rock seperti Sex Pistols, The Addict, NOFX, Rancid, No Doubt, Green Day, The Exploited, Carburetor Dung dan pelbagai lagi. Masa berlalu laju.
Demi melengkapkan diri di bidang akademik, sepanjang 5 tahun di peringkat diploma dan ijazah, beliau masih lagi mencari penganti kawan kawan lama bagi sama sama menghasilkan muzik. Minat dan kesungguhannya tetap diteruskan walau sering menjumpai jalan buntu.
Namun, syukur ke hadrat Illahi, rezeki beliau muncul apabila tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Senireka Grafik dan Media Digital (hons.) di UiTM Shah Alam. Setelah 5 tahun mencari, penjalanan menuju minatnya terbentang luas.
Beliau bertemu Eje drums, Azlan guitar dan Faris bass pada sekitar tahun 2007. Satu gabungan yang agak menarik, namun ianya tidak dapat bertahan lama. Posisi Faris telah digantikan oleh Amir. Bermula waktu itu, beliau dan Azlan banyak menghasilkan karya karya yang begitu bersahaja dan jujur selepas waktu bekerja.
Pada hari tertentu dalam seminggu mereka akan berlatih di studio jamming yang terletak di Hartamas. Aktiviti berterusan hampir setahun dan tanpa mereka sedari, mereka sudah mempunyai koleksi lagu lagu yang ingin dirakamkan.
Secara kebetulan, Azlan merupakan adik kepada bassist kumpulan Nitrus iaitu brader Bob. Dengan keadaan yang agak 'slumber' beliau dan Azlan datang ke rumah Syed Nitrus berbekalkan status Azlan sebagai adik kepada brader Bob, hasrat mereka hanyalah satu iaitu ingin merakamkan lagu dengan menggunakan khidmat brader Syed (Surtin Records).
Setelah berbincang, mereka bersetuju merakamkan lagu 'Tari Tanpa Irama' dengan khidmat brader Syed sebagai producer dan sound engineer. Dalam waktu yang sama, mereka juga telah mendapat kerjasama Fauzi sebagai pemain gitar utama. Namun, Fauzi tidak dapat bertahan lama setelah 2 ke 3 bulan. Kehilangan Fauzi digantikan oleh Zufar. Set yang lengkap tersusun, Azlan rythm-guitar, Zufar lead-guitar, Amir bass, Eje drums dan beliau selaku vocalist.
Dengan set yang ada, mereka meneruskan proses rakaman bagi lagu 'Tari Tanpa Irama'. Sekali lagi, ujian tiba, perjalanan mereka terhenti apabila Azlan, Amir dan Zufar terpaksa keluar dari band atas alasan tertentu. Maka proses penghasilan lagu tersebut terhenti di peringkat mixing, namun hasilnya agak memuaskan cuma ianya tidak sempat ke proses mastering.
Dan sekarang, beliau masih lagi mencari pengganti bagi pemain gitar utama dan rhythm. Bagi bass pula, Erik (Pre-Melodic) telah memberikan peluang untuk bekerjasama. Jadi tinggallah mereka bertiga. Masih tergantung..
Dalam masa yang sama, beliau dengan rasa penuh tanggungjawab ke atas dirinya sendiri, terus berjalan mara ke hadapan membawa kejujuran dan ekspresi diri sebagai pemangkin.
Demi masa, manusia dalam kerugian. Beliau bertekad meneruskan misi dan visi yang diinginkan selama ini..'Muzik atas nama seni itu sendiri'.
Masa terus berlalu, Alhamdulillah, kini single yang bertajuk 'Kau' telah selesai di rakamkan atas status beliau sebagai artis solo.
Insyaallah, pada diri beliau, keinginan bersama didalam formasi band masih dihatinya, namun dalam waktu yang sama, beliau tidak lagi mahu menunda agendanya.
Semoga 'Kau' sebagai permulaan.
Terima kasih.
CAI